25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Portal MyAssist MSME bantu PKS tangani kesan pandemik

Mesti Baca

CYBERJAYA – Portal MyAssist MSME berupaya membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangani masalah dan isu berkaitan perniagaan ketika negara masih berdepan penularan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, portal berkenaan merangkumi empat komponen utama iaitu pusat maklumat khidmat nasihat, padanan perniagaan dan ekspo perniagaan.

Menurut beliau, kewujudan platform digital itu juga dilihat tepat pada masanya seiring dengan kehidupan normal baharu.

“Pandemik Covid-19 ini telah menyedarkan kita bahawa untuk maju, kita harus melepaskan diri dari keadaan normal dan mengembangkan pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan terhadap rakyat dan ekonomi kita. Ia bukan lagi ‘business as usual’.

“Inilah (tiba) masanya untuk idea baharu. Inilah masanya untuk berinovasi,” katanya ketika melancarkan portal tersebut serta merasmikan Minggu PKS Kebangsaan 2021 secara maya, hari ini.

MyAssist MSME
Muhyiddin Yassin ketika berucap melancarkan portal MyAssist MSME secara maya, hari ini.

Program itu turut disertai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Baca juga:   Janji kepada rakyat dahulu macam mana?

Muhyiddin menambah, pembatasan pergerakan dan pertemuan manusia secara fizikal menyebabkan masyarakat secara tidak langsung terpaksa menerima penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan seharian, sekali gus mendorong peningkatan penggunaan teknologi maklumat.

Beliau memberitahu, pendigitalan merupakan elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, tetapi juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaa.

Perdana Menteri berkata, usahawan pada masa kini tidak boleh lagi mengambil sikap tunggu dan lihat.

Baca juga:   PEMULIH kurangkan beban rakyat – Dewan Ulama Pas

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, mereka perlu turut berubah dan menerima pendigitalan dalam perniagaan, agar mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan.

Beliau menjelaskan, kerajaan juga akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif pendigitalan bagi memantapkan lagi usaha membantu PKS sekali gus mengukuhkan pemulihan ekonomi negara.

“Saya ingin menggesa semua untuk memanfaatkan sepenuhnya Portal MyAssist MSME yang telah dibangunkan ini dalam membantu mengembangkan lagi perniagaan tuan-tuan dan puan-puan.

“Portal MyAssist MSME, dengan modul khidmat nasihat interaktif, padanan perniagaan serta e-pameran dan ekspo dalam talian merupakan pusat rujukan masa depan setempat,” ujarnya.

Muhyiddin memberitahu, ekonomi digital memainkan peranan utama dengan sasaran sebanyak 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2025. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan