25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Polis siasat isu tular anggota hubungi wanita

Mesti Baca

CYBERJAYA – Anggota polis yang didakwa menghubungi seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular dalam media sosial sedang disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, anggota polis terbabit telah dikenal pasti.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan sebarang salah laku dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

“Selain itu, pihak polis juga meminta wanita berkenaan untuk tampil memberi kerjasama bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

polis tular
Tangkap layar mesej WhatsApp yang tular dalam media sosial.

Ashari memberitahu, semalam, pihak polis telah mengesan satu isu yang tular di Twitter berkenaan seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, merujuk hantaran yang dimuat naik wanita tersebut, dia telah pergi ke Balai Polis Setapak untuk memohon permit merentas negeri.

“Susulan isu yang tular tersebut, pihak polis telah cuba menghubungi wanita berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, wanita berkenaan dalam Twitter hari ini memberitahu, dia telah dihubungi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur.

Dia turut menyatakan telah memberi keterangan kepada polis malam tadi. – EDISI 9

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan