24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Suntik dos vaksin cecah 7.82 juta, seramai 2.21 juta dos kedua

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan  kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata daripada jumlah itu 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 231,733 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini. 

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 287,127 orang, diikuti Sarawak (246,259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188,690).

Advertisements

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang bertujuan membawa keluar negara daripada kemelut pandemik Covid-19.

Di bawah pelan tersebut, tiga indikator akan diambil kira dalam mempertimbangkan dari fasa satu ke fasa dua berdasarkan jumlah kes Covid-19 di bawah 4,000; jumlah bilangan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pulih ke paras sederhana serta vaksinasi mencapai 10 peratus jumlah penduduk

Walaupun jumlah vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus meningkat, namun jumlah kes harian masih lagi berada di atas 5,000 kes setiap hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan