25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin bangga pencapaian pelajar SPM 2020

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bangga dengan pencapaian pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mencatatkan rekod terbaik dalam tempoh lima tahun walaupun menduduki peperiksaan itu dalam norma baharu.

Muhyiddin berkata, para pelajar terbabit adalah individu yang hebat kerana berjaya mengharungi peperiksaan tersebut ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, walaupun diuji dengan cabaran amat getir namun berbebalkan semangat serta keazaman tinggi dengan sokongan semua pihak, cabaran itu berjaya diharungi.

“Saya doakan agar anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang.

“Bagaimanapun, sekiranya keputusan yang diterima bukanlah seperti yang diharapkan, jangan sesekali berputus asa,” katanya menerusi Facebooknya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin ketika mengumumkan perkara itu berkata, keseluruhannya SPM 2020 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019 yang mana nilai lebih kecil menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

Beliau berkata, SPM tahun lalu juga menyaksikan jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin mengecil daripada 0.44 mata pada 2019 kepada 0.38 mata pada 2020.

Advertisements

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa serta guru-guru yang telah berhempas-pulas berusaha bagi membantu pelajar mengharungi peperiksaan dalam masa yang amat mencabar ini.

Katanya, usaha berlipat ganda ibu bapa dan guru-guru sudah pun dilakukan menerusi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang penuh mencabar dalam suasana norma baharu.

“Sudah pasti harapan tinggi diletakkan agar semua usaha itu membuahkan hasil yang memberangsangkan.

“Namun, kepada anak-anak semua, jika keputusan yang diperoleh hari ini tidak seperti yang diharapkan, ia bukanlah penamat,” katanya.

Tambah Muhyiddin, perjalanan dan perjuangan hidup para pelajar terbabit baru bermula kerana banyak lagi ilmu serta bidang yang belum diteroka dan juga pengalaman yang belum ditempuh.

“Jadikan keputusan yang diterima hari ini sebagai penyuntik semangat untuk anda terus berusaha bagi memastikan kehidupan serta masa depan yang terjamin,” – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan