31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kesesakan Plaza Tol Jalan Duta berlaku sehari sebelum PKP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di Plaza Tol Jalan Duta, semalam.

Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata,

Sebaliknya, menurut beliau, kesesakan yang dilihat dalam rakaman video yang tular melalui media sosial sebenarnya berlaku di Plaza Tol Jalan Duta pada 31 Mei lalu.

“Aliran kesesakan yang dikenal pasti adalah menghala masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

“Video berkenaan menunjukkan aliran trafik bergerak perlahan sejauh satu kilometer dari lokasi sekatan jalan raya berikutan pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh anggota JSPT Kuala Lumpur.

Advertisements

“Video tersebut berlaku sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Nadzri memberitahu, kesesakan berlaku berikutan pemeriksaan lebih ketat yang dilakukan oleh anggota sekatan jalan raya JSPT Kuala Lumpur dan ditambah pula dengan kesempatan akgir yang digunakan oleh orang ramai untuk berbelanja sebelum PKP 3.0.

Beliau menambah, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta mencatatkan penurunan sebanyak 66 peratus semalam.

“Pemantauan berterusan oleh JSPT mendapati tiada sebarang kesesakan dikesan di semua sektor lebuh raya dan sekatan jalan raya selepas PKP 3.0 dilaksanakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Nadzri berkata, JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihannya sebelum dimuat naik atau dikongsi dalam laman sosial. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan