31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

1.1 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat 1 Jun

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 1,104,873 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, seramai 2,002,345 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,107,218 setakat semalam. 

Beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 143,797 dos diikuti Sarawak (111,176), Perak (105,014), Kuala Lumpur (99,538) dan Johor (97,798).

Setakat semalam, 51.20 peratus atau 12,414,513 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,299,145 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Baca juga:   Rakyat mula tolak pemimpin korup, terpalit kes rasuah - Muhyiddin

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia akan memperoleh manfaat daripada vaksin Sinovac COVID-19 yang telah mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata 

“Pengiktirafan di peringkat global ini telah meningkatkan keyakinan kita kerana sebanyak 12 juta bekalan vaksin Sinovac akan memastikan bahawa 18 peratus penduduk kita mendapat manfaat daripada vaksin ini. 

Baca juga:   Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, gubah wang haram

“Vaksin Sinovac kini telah mendapat kelulusan WHO. Ia selamat dan berkesan, ” katanya menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Penolong Ketua Pengarah WHO bagi Akses Produk Kesihatan Dr Mariangela Simao berkata badan dunia itu, mengesahkan pengunaan vaksin Sinovac COVID-19 untuk kecemasan dengan memberi jaminan kepada negara, penyumbang dana, agensi pemerolehan, dan masyarakat mengenai jaminan bahawa vaksin berkenaan menepati standard antarabangsa dalam aspek keselamatan, keberkesanan dan pembuatan.

WHO, menerusi Penyenaraian Pengunaan Kecemasan (EUL), menetapkan mekanisme prasyarat untuk pembekal dan pemerolehan antarabangsa bagi Vaksin fasiliti COVAX, yang membenarkan sesebuah negara mempercepat kelulusan peraturan mereka sendiri untuk mengimport dan memberikan vaksin COVID-19.

Dalam ciapan Twitter berasingan, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihatkan wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi, bahawa mereka kini boleh mengemas kini status menerusi MySejahtera untuk penilaian vaksinasi.

”Anda boleh memasukkan bulan dan tahun kelahiran atau status penyusuan. Temu janji anda akan berdasarkan vaksin yang sesuai untuk anda di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19  tertentu,” katanya.

Baca juga:   Lagi 555,100 dos vaksin AZ dibekal ke Malaysia

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan