33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Akaun Amanah Bencana: PM hargai sumbangan penjawat awam

Mesti Baca


CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih dan menghargai  solidariti penjawat awam yang akan turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi Covid-19 melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Katanya, sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 itu yang akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana Covid-19 membuktikan kebersamaan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bersama kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

”Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para frontliners yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik COVID-19.

”Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Perdana Menteri turut  mendoakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan mereka dalam perjuangan m memerangi COVID-19 ini akan terus diberkati Allah SWT.

”Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,’’ kata beliau.

Advertisements

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam berkata, lebih 800,000 penjawat awam diwajibkan menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana bagi tempoh tiga bulan melalui pengurangan elaun berdasarkan gred perkhidmatan sebagai tanda solidariti dalam mendepani pandemik Covid-19.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu adalah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41. 

Beliau berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan