25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Keputusan SPM 2020 diumum 10 Jun – KPM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun bermula 10 pagi, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu, semua calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui laman web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Kenyataan itu berkata, calon-calon juga boleh mendapatkan ringkasan keputusan SPM mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM > NoKP > AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

KPM berkata, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, kata KPM, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Seramai 401,105 orang calon menduduki SPM 2020 pada Februari lalu berikutan pandemik Covid-19 sehingga memaksa kerajaan menangguhkan peperiksaan tersebut yang biasanya berlangsung pada November tahun yang sama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan