27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

ADUN Dengkil sumbang 3 bulan elaun kepada akaun bencana

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Dengkil, Adhid Syan Abdullah menyumbang elaun beliau selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana mulai bulan ini.

Katanya, langkah itu mengambil inspirasi daripada inisiatif anggota Kabinet, barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ADUN-ADUN Perikatan Nasioanl (PN) serta penjawat awam yang prihatin.

‘’Harapan saya adalah ADUN-ADUN PH dari Kerajaan Negeri Selangor serta lain-lain negeri di seluruh negara turut berbuat demikian bagi menunjukkan tanda solidariti terhadap usaha kerajaan melawan Covid-19,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut menggesa ADUN-ADUN PH berhenti mencari kesalahan kerajaan sebaliknya mencontohi pemimpin PN dalam pengorbanan serta komitmen yang ditunjukkan dengan menyumbang elaun mereka ke arah yang sama.

Advertisements

‘’Umum mengetahui Program Vaksinasi Negara sedang berjalan dengan lancar, pusat-pusat vaksinasi mega sedang dibuka, pembelian vaksin oleh swasta, lori vaksin bergerak serta bermacam usaha lain sedang dan akan diusahakan kerajaan.

‘’Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) yang diumumkan Perdana Menteri juga banyak membantu rakyat yang terjejas di samping bantuan-bantuan lain yang diumumkan sebelumnya,’’ katanya.

Justeru tegas beliau untuk menuduh kerajaan gagal menguruskan wabak ini adalah tidak tepat sama sekali

‘’Usaha memerangi Covid-19 sepatutnya merupakan satu usaha bersama. Jika pihak pembangkang tidak ada apa untuk disumbangkan, mereka tidak wajar mengganggu usaha Kerajaan Persekutuan,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan