24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

DUN Sarawak tamat tempoh, PRN tangguh ekoran Darurat

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini berhubung dengan tamat tempoh DUN Sarawak ke-18.

Walau bagaimanapun, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, bagi tempoh darurat berkuat kuasa peruntukan untuk memanggil, memprorog dan membubarkan DUN Sarawak tidak mempunyai kesan.

Menurut beliau, ia akan ditetapkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Manakala Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga memperuntukkan pilihan raya DUN bagi tempoh darurat berkuat kuasa tidak mempunyai kesan dan tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Oleh yang demikian, memandangkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya DUN yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Negeri Sarawak ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di negara ini sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilakukan sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak Disember lalu.

Seri Paduka erpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Selaras dengan pengisytiharan tersebut, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Gerik dan Batu Sapi serta DUN Bugaya, DUN Slim dan DUN Melor ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditentukan kelak.

Semua PRK terbabit perlu diadakan berikutan kematian penyandang-penyandangnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan