30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

40,290 murid lagi bakal terima komputer riba minggu depan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 40,290 unit komputer riba di bawah Projek Rintis Peranti telah diagihkan kepada murid-murid B40, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, proses pengagihan komputer tersebut dijangka selesai selewa-lewatnya 12 Jun ini.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 12,887 unit telah pun diagihkan kepada 95 buah sekolah dalam 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

“Insya Allah agihan bakinya sebanyak 96,823 unit akan selesai sebelum akhir September 2021.

“Saya harap penjelasan ini dapat memberikans edikit makluman tentang apakah kedudukan agihan 150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Advertisements

Projek Rintis Peranti melibatkan agihan komputer riba dan sambungan data kepada 150,000 murid B40 dilakukan melalui tiga fasa dengan yang terakhir dijangka selesai pada akhir September 2021.

Pemberian komputer riba kepada murid B40 diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu.

Ketika menjawab soalan pemberita, Radzi berkata, memang menjadi harapan untuk pemberian komputer riba ini dapat disegerakan.

“Namun dalam keadaan mencabar khususnya bekalan, kita terpaksa susun pendekatan sikit berbeza.

“Alhamdulillah kita sudah mula agihkan komputer riba ini dan kita akan ikhtiarkan sebelum akhir September, semuanya sudah dapat digihkan kepada murid B40 yang dipilih,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan