31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

SPM 2021 Mac tahun depan, PdPR diteruskan

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 hanya akan dilaksanakan pada Fabruari dan Mac tahun depan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Md Jidin berkata, peperiksaan ini dilanjutkan ke tempoh tersebut kerana memandang situasi semasa serta cabaran yang terpaksa dilalui oleh calon-calon SPM berkenaan.

Beliau yakin perkara itu tidak menjadi masalah dan prosesnya berjalan lancar apabila mengambil kira pengalaman pelaksanaan SPM 2020.

“Untuk makluman tempoh peperiksaan SPM, bagi ujian lisan dan amali Sains akan dilaksanakan pada Februari 2022. Manakala bagi ujian bertulis pula akan diadakan pada Mac 2022.

“Pengalaman kita menguruskan SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh SPM 2021 ke 2022 dan yakin prioses berkaitan akan dapat berjalan lancar seperti mana SPM 2020,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Untuk rekod SPM 2020 telah dilaksanakan pada Februari tahun ini dan keputusan peperiksaan itu akan diumumkan pada 10 Jun ini.

Sementara itu, Radzi berkata, sesi persekolahan secara fizikal yang sepatutnya bersambung semula mulai 13 dan 14 Jun ini diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Baca juga:   Beri peluang murid pelbagai kaum menulis cerpen - Radzi

Menurutu beliau, kaedah PdPR tersebut akan berlangsung selama 25 hari persekolahan sehingga cuti pertengahan penggal.

Katanya, ketetapan ini meliputi semua jenis sekolah termasuk sekolah pesendirian dan antarabangsa selepas mengambil kira perkembangan semasa.

Baca juga:   25 tahun TVET tidak pernah aman

“Saya harap jelas, selepas sekolah mula dibuka 13 dan 14 Jun kita akan laksanakan PdPR untuk tempoh 25 hari persekolahan. Jadi murid-murid belajar dari rumah,” katanya.

Mengenai apa yang akan berlaku selepas cuti pertengahan penggal, kata Radizi, KPM akan memberi penjelasan kemudian bergantung situasi semasa wabak ketika itu.

“Kita akan memaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka iaitu 25 Julai,” jelasnya.

Sementara itu, Radzi meminta ibu bapa dan pelajar yang berdepan dengan kesukaran PdPR boleh berhubung terus dengan pihak sekolah.

“Ini bagi memastikan jika terdapat isu-isu tertentu boleh disampaikan kepada bukan sahaja guru tetapi juga sekolah.

“Di pihak KPM, kita maklumkan kepada sekolah supaya ambil pandangan ibu bapa dan pelajar dalam memastikan kita dapat tambah baik PdPR dalam tempoh ini dan mungkin akan datang jika diperlukan.

“Pada masa samaa, KPM juga akan terus tingkatkan latihan kepada guru-guru khususnya dalam konteks PdPR,” ujarnya.

Katanya, pada masa saluran TV pendidikan iaitu TV Pendidik juga menjadi salah satu kaedah bagi pelajar yang berdepan kekangan internet. – Edisi 9

Baca juga:   Malaysia kutuk keras akaun YouTube parodi lagu kebangsaan Indonesia

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan