31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda UMNO Jasin sediakan van bawa pesakit COVID-19

Mesti Baca

JASIN – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengambil inisiatif menyediakan sebuah van khas untuk membawa penduduk dalam kawasan Parlimen Jasin yang disahkan positif COVID-19 ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, ramai dalam kalangan mereka berdepan masalah kenderaan justeru menyukarkan mereka ke CAC sebelum dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital.

Menurut beliau, saudara-mara juga tidak berani untuk membawa mereka ke CAC kerana tidak mempunyai peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

UMNO Jasin
DR AKMAL SALEH

“Ada juga di antara mereka yang tidak boleh memandu kenderaan sendiri disebabkan suami ataupun bapa sudah dimasukkan ke hospital terlebih dahulu.

“Maka kita mengambil inisiatif untuk mengurangkan bebanan mereka yang positif ini dalam Parlimen Jasin untuk membawa mereka ke CAC,” katanya di sini, hari ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka itu memberitahu, petugas kesihatan turut berdepan kekangan untuk menyediakan kenderan bagi membawa mereka ke CAC berikutan jumlah kes COVID-19 yang semakin tinggi.

Beliau menambah, perkhidmatan van tersebut disediakan oleh Pemuda UMNO Bahagian Jasin secara percuma dan orang ramai boleh menghubungan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian berkenaan atau mana-mana ketua Pemuda UMNO cawangan.

“Kami berharap orang ramai boleh menghubungi mereka terlebih dahulu bagi memudahkan kami menyusun jadual membawa pesakit ke CAC,” jelasnya.

Dr Akmal memberitahu, Pemuda UMNO Bahagian Jasin memahami kesukaran yang dihadapi oleh orang ramai dan sentiasa bersedia untuk membantu mereka. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan