28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Lebih 600,000 kes terkumpul COVID-19 setakat ini

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Situasi COVID-19 di Malaysia mencatatkan rekod lagi apabila melepasi angka terkumpul 600,000 jangkitan positif sejak pandemik itu melanda negara tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 7,748 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 603,122 kes.

Menurut beliau sebanyak 86 kematian dicatatkan hari ini, menjadi jumlah terkumpul 3,182 pesakit COVID-19 meninggal dunia setakat ini.\

“Sebanyak 86 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 20 kes di Selangor, 14 kes di Johor, 13 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Kuala Lumpur, lima kes di Sarawak, empat kes di Kedah, masing-masing tiga kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Labuan, dan Pulau Pinang, masing-masing dua kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu kes di Perlis,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebanyak 6,624 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 515,571 kes manakala 85,369 kes masih aktif.

Seramai 883 pesakit COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 23 kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,284 kluster di mana 1,593 kluster telah tamat manakala 691 kluster masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan.

Advertisements

Menurut beliau, dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021, sebanyak 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

“Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur.

“Kesemua tiga kes di Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan.

“Manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan,” jelasnya.

Dr Noor Hisham menambah, bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian Afrika Selatan pula, sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu.

Beliau memberitahu, kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan.

“Sehingga 4 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 138 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan