32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Moratorium pukal tak berkesan – Pemuda Gerakan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pelaksanaan moratorium automatik secara pukal terbukti tidak berkesan untuk membantu golongan yang terjejas akibat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pemangku Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata, statistik yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan 85 peratus peminjam memilih untuk meneruskan bayaran ansuran semasa moratorium automatik ditamatkan pada September tahun lalu.

Menurut beliau, situasi itu menunjukkan bahawa golongan yang berada dalam kelompok 15 peratus tersebut adalah mereka yang lebih memerlukan perhatian daripada kerajaan.

“Bank-bank telah menyampaikan komitmen supaya golongan yang memerlukan bantuan akan diberi moratorium.

“Untuk mereka yang mampu meneruskan ansuran bank, bayaran tersebut membolehkan bank untuk meminjam kepada mereka yang lebih memerlukannya.

“Moratorium pukal terbukti tidak membantu seperti mana yang kita sangkakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Chia Zhen memberitahu, hujahan tersebut adalah antara rasional yang diberikan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

Beliau menambah, keputusan kerajaan bagi tidak melaksanakan moratorium pukal telah mengambil kira statistik yang lepas supaya dapat menumpu perhatian kepada golongan yang terjejas.

Baca juga:   Zahid janjikan hala tuju lebih jelas buat UMNO

“Tindakan ini tidak popular tetapi amat diperlukan kerana bantuan kerajaan adalah terhad,” jelasnya.

Chia Zhen menyedari bahawai ramai yang marah kepada kerajaan apabila tiada moratorium diberi secara automatik semasa PKP 3.0.

Baca juga:   Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS

Menurut beliau, langkah itu ditafsir bagai kerajaan tidak prihatin, memihak kepada bank-bank yang terbukti keuntungan meningkat dalam situasi pandemik.

“Hakikatnya, moratorium secara automatik tidak membantu seperti kita sangkakan,” ujarnya.

Chia Zhen berkata, walaupun kebanyakan syarikat ataupun individu terjejas akibat COVID-19, hakikatnya ada juga yang untung, seperti industri logistik dan industri pembuatan sarung tangan, kerana barangan atau perkhidmatannya memenuhi keperluan masyarakat dalam tempoh pandemik.

“Jadi bagi mereka ini, kemungkinan besar mereka akan memilih untuk meneruskan bayaran ansuran kerana mampu dan untuk mengekalkan status CCRIS.

“Jikalau mereka tidak perlu diberikan moratorium, adakah moratorium pukal membantu dalam kes ini?” soalnya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan