25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pas tak restu Dominic ‘dihalau’ di Pulau Pinang 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAS tidak merestui insiden Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau ‘dihalau’ ketika hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Jalan Permatang Sungai Dua, Selasa lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran beliau sepatutnya diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.

“Pas merakamkan rasa kurang selesa sekali gus meminta maaf atas insiden melibatkan Dominic Lau yang dilihat tidak dialu- alukan ke majlis Ceramah Mega PN Best yang turut dihadiri Presiden Pas baru-baru ini.

“Walaupun Dominic dilaporkan menolak dakwaan beliau ‘diminta keluar’ oleh seorang pemimpin Pas tempatan namun bagi kepimpinan Pas Pusat, saya percaya kehadiran beliau perlu diterima dan dihargai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa Dominic ‘dihalau’ dan diminta meninggalkan ceramah mega yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Pengerusi Perhubungan Bersatu Pulau Pinang merangkap calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Zulkifli Bakar.

Advertisements

Dominic bagaimanapun semalam berkata, beliau tidak berkecil hati dengan insiden yang berlaku.

Takiyuddin berkata, Gerakan juga merupakan rakan gabungan dalam PN dan Dominic juga merupakan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan beliau sewajarnya diberikan penghormatan.

“PAS seperti parti-parti lain juga sedar bahawa politik gabungan cenderung untuk menimbulkan rasa tidak puas hati, kecewa dan sebagainya. Ini terutamanya dalam isu-isu berkaitan pembahagian kerusi atau pemilihan calon bagi sesuatu kerusi DUN mahupun Parlimen.

“Dalam konteks pemilihan Dominic sebagai calon bagi kerusi DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu, Pas amat sedar berhubung sentimen dalam kalangan ahli dan penyokong di peringkat tempatan susulan pencalonan beliau.

“Namun Pas percaya, apabila keputusan mengenainya dibuat dengan persetujuan kepimpinan tertinggi parti setelah melalui semua proses dan melepasi syarat yang ditetapkan, maka ahli dan penyokong perlu menerimanya dengan hati terbuka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan