30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Taktik kotor kerajaan campuran yang telah dijangka – Gerakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin utama parti pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) sebagai taktik kotor kerajaan campuran.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan tersebut sememangnya sudah dijangka kerana kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang kebangkitan PN khususnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Tindakan (memanggil dan mendakwa Muhyiddin) tidak akan buat kami putus asa. Kami akan terus berjuang dan membangkitkan semangat ahli PN. Kita nampak tidak lama lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

“(Sudah) Jangka taktik kotor diambil Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan campuran ini. Kengapa? Kerana kita tahu bahawa mereka susah dalam PRN akan datang. Itulah mereka gunakan taktik-taktik yang kotor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin hadir ke SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Dalam pada itu, Dominic berkata, kerajaan campuran ketika ini sepatutnya memberi fokus kepada permasalahan yang dihadapi rakyat ketikanya ini khususnya inflasi.

“Tapi tidak apa. Kita beritahu semua ahli, semua rakyat mereka ada mata dengan jelas nampak apa yang telah kita buat. Kita telah mengatakan kerajaan campuran kena fokus masalah rakyat, inflasi yang akan datang, bukan guna taktik kotor terhadap pembangkang.

“Selain Muhyiddin, Datuk Wan Saiful Wan Jan (bekas Ketua Penerangan PPBM) juga diambil tindakan oleh kerajaan menggunakan taktik yang sama. Tambahan pula baharu sahaja kerajaan DAP di Pulau Pinang mengosongkan keempat-empat kerusi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) PN.

“Itu memang jelas mereka takut, taktik kotor mencemarkan imej PN dan hapuskan kami. Kami akan bangkit semula, rakyat akan tahu kebenaran. Kita tengok dalam PRN akan datang, siapa akan dapat mandat rakyat,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan