26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

107 serbuan judi haram Euro 2020, 152 suspek dicekup

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 152 individu ditahan polis dalam 107 serbuan Ops Soga VII yang dilancarkan bagi membanteras kegiatan judi sepanjang penganjuran kejohanan bola sepak Euro 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, tangkapan itu dilakukan sepanjang 10 hingga 21 Jun lalu.

“Jumlah rampasan wang hasil pertaruhan adalah sebanyak RM115,132 manakala had kredit pertaruhan adalah RM11,645,227 dari rekod pertaruhan individu dan sindiket tertentu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, turut dirampas adalah pelbagai peralatan peranti elektronik yang digunakan untuk aktiviti catit taruh haram seperti 24 set komputer, 11 unit komputer riba, satu unit tablet, 166 unit telefon bimbit dan lima unit mesin kira-kira.

Turut dirampas, 12 unit modem, lapan unit penghala, dua unit pencetak, 115 kad sim, sembilan keping jadual perlawanan Euro 2020 serta kertas dan 43 keping catitan atau buku yang mengandungi catitan pertaruhan judi bola sepak.

Walau bagaimanapun, Abd Jalil berkata, masih terlalu awal untuk menentukan kejayaan Op Soga VII kali ini yang masih berbaki 20 hari lagi.

Baca juga:   4 lelaki bersenjata kapak dan tukul samun kedai emas

“Modus operandi kali ini agak berbeza daripada pengalaman sebelum ini dengan kebanyakannya menggunakan secara dalam talian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Bahagian D7 Bukit Aman dan seluruh jabatan siasatan jenayah kontinjen akan melipatgandakan usaha dalam pemantauan dan pencegahan kegiatan catit taruh haram sempena UEFA Euro 2020,” jelasnya.

Baca juga:   4 lelaki bersenjata kapak dan tukul samun kedai emas

Beliau berharap agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

Fokus utama Op Soga VII adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh haram sempenan kejohanan UEFA Euro 2020.

Operasi merangkumi individu yang menjadi bookie / punter dan tempat yang menjalankan pertaruhan judi.

Pelaksanaan penugasan Op Soga VII merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953. – EDISI 9

Terkini

PPN bawa sinar terang di hujung terowong

PELAN Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan sejak Jun lalu ternyata telah berjaya membawa sinar yang terang di hujung...

Lagi Artikel Berkaitan