26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

YSD sedia dana RM2 juta untuk asnaf, tahfiz belajar kemahiran

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yayasan Sime Darby (YSD) memperuntukkan dana sebanyak RM 2 juta untuk menyediakan peluang dan meningkatkan kualiti pendidikan kepada semua menerusi program sijil kemahiran dalam bidang kimpalan.

Program pendidikan kemahiran yang dikendalikan oleh The Welding Institute (TWI) itu ditawarkan kepada para pelajar golongan asnaf dan tahfiz.

Program peringkat sijil selama empat bulan itu bagi meningkatkan kemahiran vakasional dan teknikal yang dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa di samping pembangunan jatidiri dan kebolehpasaran pekerjaan.

Pengerusi YSD, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’far, program tersebut dapat membantu para pelajar tahfiz dan golongan asnaf yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau keputusan SPM yang sangat lemah.

“Kami membuka peluang kedua untuk golongan ini memperbaiki tahap pendidikan mereka sehingga mereka mampu mendapat pekerjaan yang lebih terjamin.

“Diharapkan suatu hari ini mereka kembali ke pangkuan keluarga dan membawa mereka bersama keluar daripada pusingan kemiskinan,” kata beliau dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tunku Imran berkata, pihaknya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif pendidikan yang bermakna yang juga akan memberi peluang kepada para pelajar untuk bekerja di luar negara dan memperoleh pendedahan dan pengalaman yang lebih berharga di masa depan.

Advertisements

“Kami berharap ini akan mendorong mereka untuk mencapai cita-cita mereka dan akhirnya membolehkan mereka memberikan kembali kepada masyarakat mereka,” kata beliau.

TWI bekerjasama rapat dengan majlis agama Islam negeri untuk merekrut 50 calon yang layak untuk program ini, yang akan menyelesaikan latihan komunikasi dan pengembangan peribadi selama dua minggu.

Di samping itu, mereka juga akan mengikuti empat bulan kursus pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pemeriksaan kimpalan.

Sebagai tambahan, masing-masing akan diberikan Kad Hijau yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan sijil Pasport Keselamatan Minyak & Gas (OGSP).

TWI adalah penyedia teknologi pengelasan terbesar dan latihan berkaitan pemeriksaan untuk individu dan syarikat. Ia juga merupakan penyedia kursus sijil dan diploma TVET yang diiktiraf di Malaysia sejak 2016.

Sejak 2011, YSD telah membantu 1,030 pelajar kurang mampu di bawah program Pengayaan Kemahiran YSD untuk mendapatkan sijil TVET, melalui kerjasama dengan rakan pendidikan yang boleh dipercayai termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk memenuhi keperluan bakat dalam pelbagai industri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan