Tuesday, July 21, 2026

TVET perlu jadi penerajui Revolusi Industri 4.0 dan 5.0

Usaha itu penting bagi memastikan graduan TVET memiliki kemahiran teknikal serta insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PENDIDIKAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu menjadi peneraju dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT), realiti terambug dan maya (AR/VR) serta sistem autonomi bagi memenuhi tuntutan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0.

Pengarah Bahagian Latihan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan, Ts. Zulkernai Fauzi berkata, usaha itu penting bagi memastikan graduan TVET memiliki kemahiran teknikal serta insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

“Tema persidangan kali ini iaitu Advancing Technology and Digital Paradigms for Sustainable TVET Delivery amat bertepatan dengan keperluan semasa, selari dengan usaha membangunkan masyarakat mampan serta berdaya saing pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan International Conference on Engineering Technology, Vocational and Social Science (ICETVESS 2025) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

Beliau turut menekankan kepentingan integrasi teknologi digital dan inovasi dalam kurikulum TVET, khususnya dalam bidang teknologi hijau, robotik, pertanian lestari dan komunikasi digital, bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FTV), UPSI atas kejayaan menerbitkan jurnal baharu, TVET Research & Innovation Journal (TRiJ) yang menjadi platform berharga bagi penyelidikan serta wacana akademik dalam bidangTVET.

Zulkernai berkata, persidangan antarabangsa seperti ICETVESS memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian amalan terbaik, penerokaan penyelidikan teknologi baharu, serta pembentukan jaringan kerjasama strategik antara institusi, agensi kerajaan dan sektor industri.

“Ekonomi berasaskan kemahiran dan inovasi hanya dapatdicapai melalui kolaborasi rentas sektor yang menggalakkanlatihan, peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjanghayat,” ujar beliau.

Sementara itu, Dekan FTV UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain berkata, sejak penubuhannya pada tahun 2010, fakulti itu konsisten dalam misinya melahirkan pendidik, sarjana dan profesional yang selari dengan agenda transformasi pendidikan negara.

“FTV menyediakan persekitaran pembelajaran moden dengan bengkel, makmal dan kemudahan berasaskan industri yang meliputi tiga jabatan utama iaitu Teknologi Kejuruteraan, Sains Pertanian serta Sains Keluarga dan Pengguna. 

“Visi kami adalah untuk menjadi fakulti unggul dalam kepimpinan TVET, melahirkan pendidik dan profesional berinformasi bagi memacu pendidikan masa depan.

Beliau turut menegaskan bahawa tema ICETVESS 2025 membuktikan keperluan mendesak institusi TVET untukmengadaptasi transformasi digital dalam kurikulum, pedagogidan penglibatan pelajar.

“FTV telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program yang memupuk teknologi baharu seperti AI, IoT, AR/VR, robotik dan pembuatan digital. 

“Penyelidikan kami juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul pembelajaran peribadi serta inklusif, termasuk makmal maya dan kerangka kebolehpasaran pelajar berkeperluan pelbagai,” katanya. — Oleh BAZLI RAZAK/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan