28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sila duduk di rumah, katil ICU sudah tidak mencukupi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu orang ramai agar duduk di rumah jika tiada sebarang urusan sangat penting.

Ini kerana, menurut beliau, jika mereka atau ahli keluarga mereka dijangkiti dengan Covid-19, mungkin tiba masa tidak ada katil di unit rawatan rapi (ICU) dapat disediakan.

“Sila duduk di rumah, kerana jika anda dan keluarga dijangkiti Covid-19 mungkin akan sampai masa kita tidak ada katil ICU yang mencukupi.

“Kalau terpaksa keluar rumah kerana urusan penting, patuhilah kepada segala SOP, elakkan 3S dan amalkan 3W.

“Bantulah kita untuk membantu anda sekeluarga,” rayu beliau menerusi Facebook hari ini.

Sejak dua hari lalu kes jangkitan harian sudah melepasi 4,000 kes sehari dan lebih membimbangkan berlakunya jangkitan Covid-19 varian Afrika Selatan dikesan di negara ini.

Semalam sahaja sebanyak 25 kes kematian dicatatkan dengan lima kematian berlaku di Kuala Lumpur dan Sarawak, empat di Johor dan Selangor, dua di Kelantan dan Kedah serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, Noor Hisham berkata, kadar penggunaan katil rawatan kritikal dan unit rawatan rapi Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhan telah mencapai 90 peratus.

Beliau berkata, statistik tersebut dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan.

Menurut beliau, sebanyak enam buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal / ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 didapati telah melebihi ambang amaran kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus.

“Hospital-hospital tersebut adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100 peratus.

“Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 pada kadar melebihi 50 peratus,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Dua bot Vietnam ditahan sedang leka kaut hasil laut

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam sedang leka...

Lagi Artikel Berkaitan