34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Terminal, stesen pengangkutan awam beroperasi seperti biasa

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Semua terminal dan stesen pengangkutan awam yang tersenarai di bawah sistem amaran Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan terus beroperasi.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun premis-premis perniagaan di stesen yang disenaraikan ditutup selama tiga hari bermula hari ini sepertimana arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kenyataan itu berkata, premis-premis yang terlibat adalah di stesen LRT KLCC, LRT Masjid Jamek dan KL Sentral.

“Perkhimatan pengangkutan awam sangat penting bagi negara, terutama bagi barisan hadapan yang bergantung kepada operasi berterusan walaupun semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang.

“Semua stesen pengangkutan awam perlu sentiasa dibuka bagi tujuan pemindahan atau penghantaran bekalan penting sekiranya berlaku kecemasan,” kata kenyataan itu hari ini.

Stesen pengangkutan itu juga, kata kenyataan itu, juga dilengkaop dengan alat pengimbas di samping penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat.

Pada masa yang sama, kementerian mengingatkan kepada semua pengguna pengangkutan awam untuk terus mematuhi SOP di semua stesen dan terminal.

Advertisements

Ini termasuk penggunaan sanitasi tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak izikal sebagik mungkin serta mengimbas kod MySejahtera.

Semalam, kerajaan mengeluarkan senarai lokasi dan premis yang dikategorikan sebagai sangat berisiko penularan wabak Covid-19 berdasarkan analisis yang dibuat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan.

CPRC membuat ramalan lokasi dan premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan Covid-19 dalam tempoh tujuh hari berdasarkan pemantauan yang dilakukan.

Dalam senarai soalan lazim yang dikeluarkan kerajaan, premis-premis yang disenaraikan di bawah HIDE tidak perlu menutup operasi mereka kecuali atas arahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, petang semalam, MKN telah mengarahkan semua lokasi dan premis yang disenaraikan ditutup dengan serta-merta kerana bimbang penularan wabak berkenaan.

Antara yang disenaraikan di bawah HIDE ialah LRT Masjid Jamek, LRT KLCC, Stesen KTMB KL Sentral dan Stesen Sentral Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan