27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Sambutan ulang tahun keputeraan Agong ditangguh

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua acara sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Jun ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indira Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia susulan peningkatan ketara kes jangkitan harian dan kematian baharu Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Penangguhan itu adalah titah perkenan Seri Paduka setelah mengambil kita faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak Covid-19,” kata Ahmad Fadil dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua semua acara sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka ditangguhkan, kali pertama tahun lalu juga disebabkan penularan pandemik tersebut.

Bagaimanapun kata Ahmad Fadil, tarikh 7 Jun 2021 telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena sambutan tersebut. – Edisi 9

Baca juga:   Mahkamah tolak tangguh 3 bulan, rayuan akhir Najib Khamis ini

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan