31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lebih 100,000 dos vaksin diberi dalam tempoh separuh hari

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 107,340 dos vaksin telah diberikan sehingga tengah hari ini menerusi 382 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, sehingga kini seramai 1.91 juta penduduk di Malaysia telah menerima vaksinasi masing-masing.

Daripada jumlah tesebut, sebanyak 1.18 juta orang menerima suntikan dos pertama sementara 732,305 orang lagi sudah melengkapi dengan dos kedua.

“Setakat jam 11.59 tengahari tadi sejumlah 107,340 dos vaksin telah diberikan dalam masa satu hari ini sahaja.

“Lebih 100,000 dos diberikan dalam sehari adalah satu jumlah yang baik, moga momentum ini diteruskan ke arah mencapai 80 peratus herd immunity dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata KKM menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

KKM berterima kasih kepada vaksinator yang bertugas memberikan vaksin COVID-19 kepada semua penerima di 382 PPV di seluruh Malaysia.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada Rabu memaklumkan pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca yang dibuka kepada penduduk berusia 18 tahun di lima negeri telah habis ditempah kurang daripada satu jam selepas dibuka.

Menurut CITF, sebanyak 1,261,000 dos telah ditawarkan, di mana 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif ini mula dibuka daripada 23 Mei sehingga hari ini.

Seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin AstraZeneca pusiangan pertama sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran kali ini.

Untuk rekod, sebanyak 956,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dipenuhi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan