27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Mohamad Ali gesa penutupan penuh bendung COVID-19

Mesti Baca

MELAKA – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menggesa ‘total lockdown’ atau penutupan sepenuhnya dilakukan oleh kerajaan berikutan peningkatan mendadak dalam kalangan penduduk yang positif COVID-19.

Menurut beliau, langkah itu perlu dilaksanakan segera demi keselamatan nyawa, kesejahteraan dan kestabilan negara.

Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, penularan wabak tersebut seperti cendawan tumbuh selepas hujan serta sukar diatasi khususnya di Parlimen Tangga Batu.

“Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 27 Mei lepas, kes di dalam Parlimen Tangga Batu menunjukkan peningkatan mendadak,” ujarnya hari ini.

MOHAMAD ALI MOHAMAD
MOHAMAD ALI MOHAMAD

Mohamad Ali berkata, antara kawasan yang positif COVID-19 adalah Bertam 54 kes, Cheng (31 kes), Bukit Rambai (45 kes), Klebang Besar (19 kes), Klebang Kecil (14 kes), Krubong (54 kes), Paya Rumput (27 kes), Sungai Udang (97 kes), Tangga Batu (11 kes), Tanjong Kling (15 kes) dan Tanjong Minyak (28 kes).

Baca juga:   53% rakyat dewasa Malaysia sudah lengkap divaksin

Beliau berkata, setakat ini penduduk yang melakukan kuarantin di rumah akibat kontak rapat melibatkan 115 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Pantai Kundor (50 kes), Paya Rumput (30 kes) dan Klebang (25 kes).

“Peningkatan kes di setiap kawasan dalam Bahagian Tangga Batu amat merisaukan saya.

“Penduduk walaupun berwaspada tetapi kian resah kerana kes orang ramai yang positif terus meningkat terutama di Parlimen Tangga Batu,” ujarnya.

Baca juga:   Anggota polis pukul GRO laman web cari jodoh

Tambah beliau, melihat suara rakyat di media sosial mahu pun di lapangan, rata-rata mereka telah bersiap sedia untuk menjalankan ‘total lockdown’.

Menurutnya, ia perlu dilakukan demi keselamatan nyawa mereka dan kestabilan negara serta untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan perlu mendengar suara rakyat dan di pertimbangkan demi melindungi diri mereka dan negara ini daripada runtuh akibat pandemik COVID-19 ini,” ujarnya lagi. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan