29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

8,290 kes baharu COVID-19! Patutkah kita berasa bimbang?

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Senario yang dibimbangi rakyat telah pun berlaku hari ini di mana jangkitan positif baharu COVID-19 mula memecahkan tembok 8,000 kes sehari.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebook beliau hari ini, sebanyak 8,290 kes baharu dicatatkan di seluruh negara hari ini.

Jumlah itu menjadikan secara keseluruhan, sebanyak 549,514 kes jangkitan positif baharu COVID-19 dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Selangor merekodkan sebanyak 2,052 kes baharu diikuti Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes), Sarawak (698 kes), Kedah (544 kes), Negeri Sembilan (520 kes) dan Pulau Pinang (421 kes).

Perak pula mencatatkan sebanyak 405 kes baharu diikuti Melaka (380 kes), Sabah (308 kes), Pahang (254 kes), Terengganu (207 kes), Putrajaya (44 kes), Perlis (8 kes) dan Labuan (6 kes).

Jumlah kes kumulatif di setiap negeri adalah Selangor (179,502 kes), Sabah (61,582 kes), Johor (56,993 kes), Kuala Lumpur (56,862 kes), Sarawak (45,436 kes), Pulau Pinang (27,705 kes), Kelantan (25,574 kes), Negeri Sembilan (24,686 kes), Perak (19,895 kes), Kedah (17,555 kes), Melaka (11,192 kes), Pahang (8,903 kes), Terengganu (8,164 kes), Labuan (3,170 kes, Putrajaya (1,822 kes) dan Perlis (473 kes).

baharu COVID-19

Dalam kenyataan media semalam, Noor Hisham berkata, sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes.

Namun kebelakangan ini, menurut beliau, terdapat peningkatan trend kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan.

“Bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes.

“Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja ini adalah masih aktif, melibatkan sejumlah 16,785 kes aktif.

“Tiga negeri yang melaporkan jumlah kluster tempat kerja yang tertinggi dalam tempoh ini merupakan negeri Selangor dengan 74 kluster (25.78 peratus), negeri Johor dengan 53 kluster (18.47 peratus) dan negeri Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80 peratus),” jelasnya.

Dr Noor Hisham menambah, analisis terperinci subkategori tempat kerja pula mendapati sektor pengilangan melaporkan bilangan kluster yang tertinggi berbanding subkategori yang lain, iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh yang sama.

Beliau memberitahu, ini diikuti dengan sektor perkhidmatan yang melaporkan 57 kluster (20 peratus).

“Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula pada 12 Mei 2021, namun trend kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

“Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 peratus),” ujarnya.

kluster tempat kerja

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dikenali sebagai Safe@Work.

Inisiatif itu bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan COVID-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja. – EDISI 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan