25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sultan Johor cadangkan ‘lockdown’ penuh secara bersasar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan kepada kerajaan agar lockdown penuh bersasar bagi negeri bersempadan dikuatkuasakan bagi menangani jumlah kes Covid-19 di negeri-negeri tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Melalui cadangan itu, titah baginda lockdown penuh secara bersasar dilakukan mengikut negeri ataupun rantau.

“Contohnya, zon selatan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan full lockdown selama dua minggu, diikuti zon lain seperti di Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan).

“Negeri yang tidak lockdown boleh meneruskan kegiatan ekonomi di bawah peraturan PKP kawasan masing-masing. Dengan ini, kita menangani bilangan kes tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Titah Sultan Ibrahim, baginda berharap buah fikiran akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi Covid-19 di negara kita. Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita.

Advertisements

”Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” titah baginda.

Pada Rabu lalu, Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu mempertimbangkan lockdown penuh jika angka Covid tiada tanda-tanda penurunan.

Titah baginda,”Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan,’’

Selain itu baginda juga menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan ‘self-lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan pandemik tersebut.

“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain.

“Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain! Justeru, semua mesti berdisiplin dan komited bagi menghalang kita semua terjerumus ke dalam situasi yang lebih parah lagi,” titah baginda. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan