24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rais Hussin dilantik sebagai Profesor Adjung UTM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelantikan itu berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga 31 Mei 2022.

MDEC dalam satu kenyataan berkata, menerusi lantikan tersebut, Rais Husin akan memberi nasihat dan cadangan kepada Jabatan Informatik Termaju UTM membabitkan aspek-aspek yang berkaitan dengan penggubalan kurikulum.

Beliau juga dijangka akan menyampaikan kuliah dan terlibat dengan seminar bersama kakitangan akademik dan mahasiswa UTM.

“Saya akan berusaha untuk menanam minat di kalangan pelajar bagi mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kandungan yang berkaitan dengan inovasi.

“Kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana pendidikan merupakan pemboleh daya kemajuan serta enjin yang akan mendorong inovasi dan harapan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

Rais Hussin berkaya, beliau akan mengutamakan penglibatan dalam dialog yang konstruktif dengan staf akademik dan pelajar serta berusaha memastikan kurikulum semasa kekal unggul berdasarkan realiti hari ini serta perkembangan teknologi ke arah Revolusi Perindustrian 2.0 dan digital.

“Sehubungan itu, usaha membangunkan kemampuan generasi seterusnya dalam bidang digital dan mendorong penerapan teknologi dalam kehidupan seharian sangat penting.

“Saya berharap dapat menyokong perubahan dan membolehkan peluang yang adil dalam ekonomi digital, sejajar dengan Malaysia 5.0 iaitu sebuah negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi yang memperkuat inklusif, kelestarian dan kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau berkata, MDEC telah bekerjasama dengan UTM melancarkan biasiswa khas untuk pelajar pascasiswazah yang mengambil jurusan kecerdasan buatan (AI).

Ia dilaksanakan menerusi Program Biasiswa AI MyIndustry yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi AI di Malaysia untuk memacu agenda digital ke hadapan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan