32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PKP penuh: Hanya 50% kapasiti penumpang dibenar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Pengangkutan menetapkan semua pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai 1 hingga 14 Jun ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, ketetapan itu tidak berlaku untuk syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Pada masa sama, semua pengendali pengangkutan awam dibenarkan menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing.

“Frekuensi atau kekerapan perkhidmatan secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen.

“Pengendali juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Semalam kerajaan mengumumkan 17 perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP penuh yang akan dilaksanakan mulai 1 hingga 14 Jun ini bagi melandaikan jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, dengan pelaksanaan PKP tersebut, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali yang disenaraikan.

Advertisements

Kementerian Pengangkutan berkata, semua kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing hanya dibenar dua orang termasuk pemandu dalam satu masa tanpa mengira kapasiti.

Walau bagaimanapun, kapasiti tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan bagi tujuan perubatan atau kecemasan.

Bagi sektor logistik pula, syarikat logistik, lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi pada tahap optimum tetapi mesti memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap SOP yang ditetapkan.

Katanya, syarikat logistik merujuk kepada syarikat yang berkaitan dengan pengangkutan darat, laut dan udara serta pengendalian barangan termasuk perniagaan e-dagang.

“Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan surat kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) dapat beroperasi pada fasa pertama lockdown ini.

“Semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah. Surat kelulusan baharu kini boleh dimuat turun,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan