25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Syarikat Eka Noodles jatuh ke tangan Zamsaham?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Syarikat pengeluar bihun, Eka Noodles Berhad dikatakan telah jatuh ke tangan usahawan Melayu, Norizam Tukiman atau Zamsaham selepas menjadi pemegang saham terbesar syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia itu.

Norizam yang sebelum ini bercadang mengambil alih pemilikan syarikat pengeluar bihun berjenama Masjid, Fatima dan Rumah Melayu itu akhirnya tercapai sebelum syarikat itu dinyah senarai daripada Bursa Malaysia.

“Alhamdulillah, saya dah jadi pemegang saham terbesar Eka Noodles Bhd…” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya, namun sehingga kini belum ada pengumuman rasmi oleh Bursa Malaysia mengenai perkara itu.

Norizam berkata, beliau mengikuti perkembangan syarikat yang ditubuhkan pada 1988 itu dan selepas disenaraikan, syarikat tersebut mengalami kerugian sehingga disenaraikan dalam PN17.

Katanya, tindakan beliau mengambil alih syarikat tersebut bukan untuk kekal tersenarai tetapi mahu menguasai perniagaan bihun, laksa dan aset-aset tertentu yang dimiliki oleh Eka Noodles.

“Tentunya tugas ini mencabar kerana walaupun sudah jadi pegang saham majoriti, bab operasi perniagaan masih lagi dikuasai oleh pasukan pengurusan lama,” katanya.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, pemilik kelab bola sepak Kelantan FC itu memaklumkan bahawa saham Eka Noodles itu dibeli dalam pasaran terbuka ketika harganya menjunam baru-baru ini.

Advertisements

Saham Eka Noodles jatuh lebih 81 peratus pada 21 Mei lalu dari 4.5 sen kepada 1 sen susulan kemungkinan ia bakal digantung dari dagangan dan dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia hari ini.

Dagangan syarikat berstatus PN17 itu digantung selepas Bursa Malaysia menolak permohonannya untuk melanjutkan lagi masa bagi menghantar pelan cadangan regulatorisasinya.

Eka Noodles pada Jumaat sudah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia terhadap kemungkinan untuk ia dinyahsenaraikan.

Katanya, perkara pertama yang mahu dilakukan sebaik sahaja menjadi pengarah syarikat berkenaan ialah untuk melangsaikan semua hutang Eka Noodles yang dianggarkan berjumlah RM79 juta ketika ini.

“Saya bercadang untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak bank bagi mencari penyelesaian terbaik untuk melangsaikan semua hutang ini.

“Selepas itu, saya merancang untuk menyusun semula operasi perniagaan ini dan kemudian kembali menyenaraikannya semula ke Bursa Malaysia apabila ia sudah kembali mencatat keuntungan nanti,” katanya.

Norizam berkata, beliau merancang untuk memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk mi segera kerana ia menjadi kegemaran masyarakat di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan