30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Semua pihak sama-sama main peranan hadapi krisis Covid-19

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DR NOOR HISHAM ABDULLAH

SEPERTI yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah maklumkan kepada umum, penularan COVID-19 semakin meruncing.

Nilai Rt negara terkini adalah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari menunjukkan tren kenaikan yang mendadak secara exponential. Kenaikan satu ribu sehingga dua ribu kes sehari adalah tidak mustahil.

Kita telah melihat jumlah kes kematian tertinggi harian iaitu sebanyak 98 kes pada 29 Mei 2021 akibat COVID-19. Situasi ini juga mungkin akan berterusan dan tidak mustahil boleh terus meningkat lagi.

Jumlah katil di Unit Rawatan Rapi, hospital-hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mencukupi.

KKM juga telah memberi amaran kemungkinan berlaku situasi di mana para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis).

Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua, dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi sekarang.

Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab, tidak kira kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan juga rakyat secara keseluruhannya.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
  1. Peranan Kerajaan:

a. KKM menyambut baik pengumuman keputusan Sidang Majlis Keselamatan Negara yang telah diperincikan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan. Ini adalah antara tindakan yang diperlukan bagi membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

b. Kawalan sempadan dan pintu masuk antarabangsa yang ketat bagi memastikan negara terlindung daripada pelbagai varian virus SARS-CoV-2 yang baharu yang terus menular di pelbagai negara.

Sekatan bagi negara-negara tertentu diteruskan, tempoh kuarantin bagi penumpang yang tiba dari luar negara juga telah dipanjangkan. Tempoh kuarantin ini akan dilanjutkan kepada 21 hari berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan.

Misalnya tempoh kuarantin bagi lima (5) negara berisiko tinggi seperti India, Pakistan, Sri Lanka, Nepal, dan Bangladesh adalah selama 21 hari. Mereka yang tiba dari luar negara akan dikuarantin di stesen kuarantin yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan.

c. Meningkatkan aktiviti-aktiviti Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk mencapai liputan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia.

d. Terus meningkatkan tindakan kesihatan awam di lapangan dan pelbagai langkah kesiapsagaan bagi terus memerangi COVID-19 di negara ini.

  1. Peranan Rakyat Malaysia:

a. Duduk di rumah setiap masa.

b. Sekiranya perlu keluar untuk sebarang urusan penting, lindungi diri dengan memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan sekurang-kurangnya dua minit atau menggunakan hand sanitizer.

c. Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline

d. Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan segera.

e. Lindungilah ahli keluarga kita terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Sekiranya mereka tidak sihat, dapatkan bantuan kecemasan.

  • Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan