24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sengaja tahan gaji, Zamsaham mahu TRW menang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan, beliau sengaja menahan atau melewatkan bayaran gaji susulan prestasi hambar dipamerkan skuad Kelantan.

Menafikan tunggakan gaji sehingga dua bulan, beliau berkata, pasukan itu tiada tunggakan gaji dan ada gaji dibayar secara berperingkat dalam bulan tertentu dan setiap pemain mendapat gaji penuh.

“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dgn kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih. 

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak, saya tahan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Isu tunggakan gaji pemain Kelantan FC tular di media sosial selepas pendedahan mengenai perkara itu dibuat salah seorang pemain itu di akaun Instagramnya.

Advertisements

Satu pertemuan telah dibuat antaran wakil pemain Kelantan bersama Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi membincangkan perkara tersebut semalam.

Mengulas lanjut, beliau menuntut semua pemain beraksi sebaik mungkin dalam perlawanan Jumaat ini menentang Kelantan United.

 “Untuk match minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tidak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah. 

“Saya telah bayar semua gaji, tiada tunggakkan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya hendak menang sebenarnya, itu sahaja,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan