25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kenapa kilang-kilang besar masih dibenar beroperasi? – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoal keputusan kerajaan membenarkan kilang-kilang besar beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari mulai 1 hingga 14 Jun ini.

Antara perkilangan yang dibenarkan beroperasi ialah sektor elektrik dan elektronik yang menurut bekas Perdana Menteri itu merupakan sektor terbesar yang melibatkan kira-kira 600,000 pekerja.

Beliau berkata, jika sektor tersebut dibenarkan beroperasi bermakna banyak lagi kilang-kilang pembekal secara langsung dan tidak langsung serta sektor berkaitan seperti pengangkutan dan pelabuhan juga perlu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Alasan yang diberi kerajaan membenarkan sektor tersebut beroperasi adalah untuk menjaga “kepentingan rantaian ekonomi global”.

“Jadi, siapa pula nak jaga kepentingan negara dan kepentingan ekonomi rakyat yang tuntut lockdown penuh untuk memberi impak maksima kepada keadaan Covid amat kritikal sekarang dalam tempoh tersingkat?

“Siapa pula yang akan menegakkan keadilan bagi jutaan rakyat biasa serta peniaga kecil yang perlu berkorban dalam tempoh lockdown penuh ini manakala kilang-kilang besar yang dimilik syarikat asing (MNC) dan syarikat besar yang kaya terus menjana keuntungan tanpa sebarang gangguan?

“Jika perlu berkorban, kita sama-sama berkorban. Bukan ramai yang berkorban sehingga terkorban manakala ada pula yang langsung tidak terkesan,” tegas beliau hari ini.

Advertisements

Najib yang pernah menjawat Menteri Kewangan berkata, beliau percaya MNC dan syarikat-syarikat besar tidak akan bangkrap, membuang pekerja atau memindahkan operasi mereka ke negara lain hanya kerana tidak dibenar beroperasi selama 14 hari.

Katanya, bagi sektor-sektor yang lain pula, kerajaan perlu memantau jika produk yang dikeluarkan mereka benar-benar kekurangan stok dalam pasaran.

Jelas beliau, jika stok sedia ada cukup untuk memenuhi keperluan bagi tempoh 14 hari maka kilang itu sepatutnya turut tidak dibenar beroperasi.

“PKP sudah dua kali separuh masak. Janganlah TOTAL lockdown juga menjadi Tiga Suku Lockdown,” bidas Najib.

Sabtu lalu, Najib mahukan agar kuasa penetapan sektor dibenar beroperasi dalam tempoh PKP penuh tidak diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau berkata, ini bagi mengelak ada pihak-pihak tertentu yang akan melobi menteri berkaitan agar sektor perkilangan mereka dibenarkan beroperasi

“Sebab keperluan untuk total lockdown dibuat adalah atas asas kesihatan maka keputusan akhir bagi senarai boleh beroperasi juga mestilah berdasarkan asas kesihatan. Tempoh 14 hari pertama total lockdown ini adalah sangat kritikal,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan