28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Benarkan kilang beroperasi, Azmin diminta tampil beri penjelasan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta tampil menjelaskan rasional setiap industri kilang yang diluluskan atas nama perkhidmatan perlu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai 1 – 14 Jun ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki berkata, antara yang menjadi persoalan ialah membenarkan kilang elektrik dan elektronik sedangkan berdasarkan data, sektor perkilangan menyumbang leboih 50 peratus penularan Covid-19.

Beliau berkata, ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing apabila adanya kes Covid-19, hanya satu-satu seksyen sahaja yang ditutup, bukannya seluruh kilang.

“Saya cadangkan untuk Menteri MITI Azmin Ali tampil secara LIVE dalam sidang media untuk menjelaskan rasional setiap industri kilang yang diluluskan atas nama essential services (perkhidmatan perlu). 

“Antara yang saya kurang faham kilang elektronik dan elektrikal yang turut dibenarkan operasi atas nama keperluan.

“Kebimbangan rakyat ini ada asasnya. Ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing, apabila ada kes covid-19, hanya satu-satu seksyen sahaja yang ditutup bukan seluruh kilang,” katanya hari ini.

Asyraf Wajid berkata, risikonya kebanyakan pekerja kilang tinggal dalam komuniti yang sama di flat-flat dan penempatan dengan orang awam yang lain.

Advertisements

Katanya, para pekerja kilang terbabit juga berbelanja di pasar raya dan kedai runcit yang sama dalam komuniti dan tiada jaminan bahawa virus Covid-19 tidak menular.

Bahkan, tambah beliau, data dan sains juga menunjukkan lebih 50 peratus punca penularan virus Covid-19 di negara ini datangnya daripada kilang-kilang.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bimbang apabila kluster tempat kerja merekodklan jumlah tertinggi selain kluster perayaan dan rentas negeri.

Beliau berkata, sejak 1 April hingga 26 Mei, sebanyak 287 kluster tempat kerja dilaporkan melibatkan 17,087 kes dan daripada jumlah itu 233 kluster masih aktif direkodkan membabitkan 16,785 kes aktif.

Katanya, tiga negeri yang direkodkan kluster tempat kerja tertinggi dalam tempoh itu ialah Selangor dengan 74 kluster (25.7 peratus), Johor 53 kluster (18.4 peratus) dan Pulau Pinang 31 kluster (10.8 peratus).

Jelas beliau, sektor pengilangan didapati penyumbang bilangan kluster tertinggi berbanding subkategori lain iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh sama dan ia diikuti sektor perkhidmatan yang merekodkan 57 kluster (20 peratus). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan