28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 27, 2021

Najib, Jho Low antara disaman 1MDB, SRC

Mesti Baca


CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara yang dinamakan dalam tuntutan sivil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd pada Jumaat lepas.

Portal The Edge Markets melaporkan, selain Najib, turut dinamakan ialah anak tiri beliau Riza Shahriz Abd Aziz serta bekas pemegang jawatan utama lain dalam dua syarikat berkenaan iaitu Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Arul Kanda Kandasamy dan Mohd Hazem Abdul Rahman.

Turut dinamakan ialah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ayahnya Tan Sri Larry Low Hock Peng, adiknya Low May Lin, serta rakan perniagaannya, Eric Tan Kim Loong.

Sementara itu Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengesahkan sejumlah 22 tuntutan sivil telah diambil oleh 1MDB dan SRC International Sdn Bhd terhadap sembilan entiti, dan 25 individu berhubung dana yang telah diselewengkan.

Ia sebagai usaha berterusan kerajaan untuk menangani kerugian yang dialami oleh 1MDB dan SRC International.

Enam daripada writ saman difailkan oleh 1MDB, sementara 16 lagi oleh SRC untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion (AS$23 bilion), termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Writ yang difailkan oleh 1MDB ini adalah terhadap sembilan entiti (termasuk dua institusi kewangan asing) dan 25 individu atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran kewajipan kontrak, statutori, common law dan fidusiari; pecah amanah; frod; konspirasi frod; salah nyata frod; pecah kewajipan dan amanah secara frod; penyembunyian secara frod; penyelewengan secara frod; bantuan tidak jujur dalam penyelewengan dana; kecuaian; penerimaan dengan pengetahuan (knowing receipt) dan pengkayaan tidak wajar (unjust enrichment).

Baca juga:   Pelabur asing sudah 'tidak pandang' Malaysia - Najib
Baca juga:   Pelabur asing sudah 'tidak pandang' Malaysia - Najib

Writ yang difailkan oleh SRC pula adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan fidusiari di jawatan awam, pecah amanah, konspirasi, bantuan tidak jujur, pelanggaran kewajipan secara frod; penerimaan dengan pengetahuan, salah laku dan penukaran salah (wrongful conversion).

1MDB dan SRC menyatakan bahawa entiti-entiti dan/atau individu-individu ini telah mendapatkan pengkayaan tidak wajar melalui penerimaan wang secara salah dari 1MDB atau SRC.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan kejayaan penyelesaian yang signifikan terhadap Goldman Sachs, AmBank Group dan Deloitte PLT, usaha kerajaan kini difokuskan untuk membawa ke muka pengadilan pesalah laku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan/atau SRC semasa pelaksanaan tugas mereka, sebagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan urus niaga 1MDB dan/atau SRC.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan akan meneruskan usaha sehingga semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesalahan kepada negara melalui penglibatan mereka dalam 1MDB dan/atau SRC,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Malaysia sebelum ini telah menerima RM10.5 bilion (AS$2.5 bilion) dari Goldman Sachs pada bulan Ogos 2020 dengan jaminan pemulangan aset selanjutnya sebanyak RM5.88 bilion (AS$1.4 bilion).

Tidak lama lagi, kerajaan juga akan menerima RM2.83 bilion dari Ambank Group dan RM336 juta (AS$80 juta) dari Deloitte PLT. Semua hasil dari usaha pemulangan aset 1MDB termasuk penyelesaian akan datang dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Pemulangan Aset di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Baca juga:   Dituduh tiada 'moral standing', ini reaksi Najib
Baca juga:   Pertemuan Ismail Sabri dan Najib cetus spekulasi baharu

“Penyelesaian ini tidak menjejas atau mengkompromi tuntutan Malaysia terhadap pesalah laku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC, dan mereka akan tetap dihadapkan ke muka pengadilan melalui sistem perundangan jenayah dan sivil,” katanya.

Kementerian Kewangan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional atas usaha bersama mereka untuk membawa pesalah laku ini ke muka pengadilan dan mendapatkan kembali hak rakyat Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa...

Lagi Artikel Berkaitan