30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Najib dakwa PKP 3.0 tidak adil kepada rakyat biasa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan 2.0 sebelum ini didakwa tidak adil kepada berjuta-juta rakyat biasa kerana ia lebih melindungi syarikat besar dan pemilik kilang asing kilang-kilang barangan eksport.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat dakwaan itu berkata, jika perlu perngorbanan kerana Covid-19 yang semakin kritikal sepatutnya semua pihak perlu terlibat untuk memutuskan rantaian pandemik ini.

Menurut beliau, sebaliknya semasa PKP 2.0 dan 3.0, mereka yang kaya dan pemilik kilang asing dilindungi tetapi rakyat biasa disuruh berkorban menghadapi Covid-19 selama 8 bulan sejak gelombang ketiga pada Oktober lalu.

“Lapan bulan dengan kes Covid tinggi setiap hari bukan tempoh yang singkat padahal banyak lagi negara lain sudah berjaya kawalkan Covid dalam tempoh masa yang pendek,” katanya hari ini.

“Tapi pendekatan kerajaan untuk PKP 2.0 dan PKP 3.0 amat berbeza sekali… Bantulah mereka yang terjejas. Makcik Kiah tengah tunggu perutusan khas.
Jangan beri alasan bahawa PKP 3.0 tidak beri impak besar pada ekonomi,” katanya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa PKP 3.0 dijangka tidak memberi impak signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu ekonomi eksport/pembuatan dan ekonomi rakyat tempatan.

Advertisements

Katanya, ekonomi eksport dan pembuatan terutamanya barang elektronik adalah kukuh pada masa kini sebab ekonomi negara gergasi seperti Amerika Syarikat dan China sedang catat pertumbuhan ekonomi yang luar biasa tinggi pada masa kini.

Jelas beliau, pada suku pertama tahun ini, ekonomi Amerika Syarikat mencatatkan pertumbuhan 6.4 peratus, China (18.3 peratus) dan Taiwan 8.2 peratus sementara Malaysia pula negatif 0.5 peratus.

“Tapi (PKP 3.0) yang dapat manfaat adalah tauke-tauke dan pemilik asing kilang-kilang besar. Manakala ekonomi rakyat tempatan seperti Makcik Kiah sudah tentu terjejas dan sedang berpeluh menghadapi dengan PKP 3.0 hanya dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir,” katanya.

Najib menggesa kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh pengusaha bas sekolah dan bas ekspress yang tidak dapat beroperasi serta pemilik gerai tepi jalan dan restoran yang penjualannya terjejas akibat ‘no dine-in’ semasa PKP.

“Tanya pada sesiapa yang terlibat dalam sektor pelancongan dan hiburan yang langsung tidak dibenar beroperasi berbulan-bulan lamanya.

“Tanya peniaga-peniaga kecil bazar Ramadan, bazar Aidilfitri atau pasar malam.
Nak kata PKP 3.0 tiada impak besar pada mereka tapi siapakah yang bayar sewa dan gaji pekerja pada akhir bulan?,” katanya.

Justeru, Najib menggesa kerajaan membantu para peniaga tempatan yang terjejas dan janganlah memberi alasan bahawa 3.0 tidak memberi impak besar kepada ekonomi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan