26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

1MDB: RM1.9 bilion lagi dana disita DOJ dikembalikan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah menyerahkan kembali sebanyak AS$452.363.867.40 atau kira-kira RM1.9 bilion lagi dana yang disita daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut telah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan
Kembali Aset (Akaun Amanah).

Menurut beliau, sehingga kini Akaun Amanah tersebut yang diseliakan oleh Jabatan Akauntan Negara telah menerima sebanyak RM16.05 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Beliau berkata, jumlah dalam Akaun Amanah tersebut akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, yang sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB.

“Baki semasa Akaun Amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB untuk tahun 2021 dan 2022 sahaja.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima dari Kumpulan Ambank dan RM336 juta dari Deloitte PLT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, jumlah penyelesaian oleh Deloitte merangkumi jumlah penyelesaian RM42 juta untuk SRC.

Tengku Zafrul berkata, setakat ini kerajaan telah melunaskan sebanyak RM12.4 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.

Advertisements

Baki hutang itu, katanya, merangkumi prinsipal dan kupon/keuntungan/faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka, iaitu sebanyak RM39.8 billion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC).

Di samping itu, rundingan juga sedang dijalankan dengan KPMG.

“Setelah semua dana Akaun Amanah digunakan, kerajaan tetap perlu menanggung obligasi bayaran baki hutang 1MDB memandangkan hutang tersebut adalah disokong oleh kerajaan melalui Jaminan Kerajaan dan Surat Sokongan semasa hutang-hutang ini diterbitkan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, pemulihan dana berkaitan 1MDB tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama yang sangat baik antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat, terutamanya dengan DOJ.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat dan mengharapkan kerjasama erat di antara kita ini dapat diteruskan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, usaha pemulihan aset 1MDB dan SRC oleh kerajaan pada masa ini memfokuskan kepada pihak-pihak yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC semasa menjalankan tanggungjawab mereka, sama ada melalui penglibatan secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan transaksi 1MDB dan SRC.

Semua yang terlibat akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas salah laku melalui penglibatan di dalam 1MDB dan/atau SRC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan