32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin lawat mangsa kemalangan tren LRT di HKL

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Perdana Menteri, beliau akan memastikan siasatan sepenuhnya dapat dilaksanakan dan langkah-langkah penambahbaikan dapat dibuat bagi menjamin insiden seperti itu tidak berulang.

“Alhamdulillah, mereka yang tercedera sudah dirawat dan mangsa yang kritikal diletak di bawah perhatian rapi doktor.

“Seperti yang telah saya tegaskan sejurus selepas kejadian, prioriti kita adalah untuk memastikan kesihatan dan kebajikan mangsa-mangsa terjamin dan terbela, dan siasatan penuh dijalankan secepat mungkin.

“Alhamdulillah, kedua dua perkara ini sudah dilakukan dan sedang berjalan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Turut serta bersama Muhyiddin ialah Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba dan Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray.

Dalam kejadian Isnin lalu, sebuah tren kosong telah bertembung dengan tren yang membawa 213 penumpang di laluan bawah tanah antara Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC.

Seramai 21 mangsa telah dirawat di HKL dengan enam daripadanya dalam keadaan kritikal sementara 15 lagi berada dalam keadaan separa kritikal sementara 64 orang lain diberi rawatan pesakit luar.

“Kepada semua mangsa yang sedang dirawat, saya doakan mereka semua diberi kesembuhan dan dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan