30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Langgar SOP: Polis siasat Ketua Pengarah KPT

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berhubung dakwaan menghadiri majlis sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, laporan polis telah dibuat ekoran satu artikel yang disiarkan portal Malaysia Dateline yang ditulis oleh Salman Farisi semalam.

Menurut beliau, dalam terbitan tersebut, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan melancarkan majlis pada hari raya.

“Program tersebut telah diadakan di Kolej Kediaman Ke-13 Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 13 Mei 2021 yang melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan UPM.

Advertisements

“Program tersebut dianjurkan sempenan penyampaian sumbangan hari raya kepada mahasiswa dan juga jamuan hari raya.

“Berdasarkan gambar yang dimuat naik kelihatan kehadiran tetamu dan juga mahasiswa ke program tersebut.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Per. 17 P. U (A) 225/ 2021 (Melanggar SOP PKP) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas pengunjung dan RM10,000 ke atas penganjur,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Rosdi menambah, kertas siasatan akan dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwa Raya dengan segera. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan