30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kapasiti PKRC MAEPS capai 65%, pesakit kategori 3 bertambah

Mesti Baca

SERDANG – Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 semakin mencabar dengan pertambahan jumlah pesakit kategori 3.

Menurut Pengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim, sehingga kini sudah 65 peratus daripada 5,800 kapasiti pesakit di pusat tersebut yang sudah terisi.

Beliau berkata, pada awalnya PKRC MAEPS 2.0 hanya menempatkan sebanyak 60 katil untuk kategori 3 pada awal Januari lalu tetapi kini ditambah kepada 757 pesakit untuk kategori tersebut.

“Kita bercadang untuk menambah kapasiti ini kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini,” katanya ketika dihubungi Edisi 9 hari ini.

Dr Shahabuddin berkata, pada masa kini 756 pesakit kategori 3 ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan unit rawatan rapi (ICU) sementara agar pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan.

Statistik jumlah pesakit di PKRC MAEPS 2.0 sehingga hari ini.

Tambah beliau, bagi pesakit kategori 1 dan 2 masing-masing seramai 2,764 dan 310 orang ditempatkan di dewan DG kerana tidak memerlukan pemantauan rapi daripada petugas kesihatan.

“Jumlah keseleruhan pesakit di PKRC MAEPS 2.0 hari ini ialah sebanyak 3,830 dengan jumlah yang baharu masuk seramai 919 orang manakala yang pulih dan keluar ialah 764 orang.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,863 orang adalah warganegara Malaysia sementara 967 lagi ialah warganegara asing,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan jumlah kumulatif sejak pusat ini dibuka ialah seramai 91,077 orang yang mendaftar masuk manakala yang sudah pulih dan keluar ialah 87,247 orang.

Dr Shahabuddin mengalu-alukan pandangan orang ramai khususnya pesakit yang pernah ditempatkan di PKRC tersebut bagi tujuan penambahbaikan seperti proses kemasukan yang lebih lancar. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan