31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Khairuddin tak ditahan, hanya melalui sekatan polis

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Kenderaan seorang menteri tidak ditahan di sekatan jalan raya polis di Perasing, Kemaman baru-baru ini.

Sebaliknya, difahamkan kenderaan menteri terbabit hanya diperiksa dan kes itu kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Sementara itu, media melaporkan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya memaklumi isu itu yang tular di media sosial.

“Kita mengesahkan ada memeriksa kenderaan beliau ketika melalui sekatan jalan raya polis di Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Advertisements

“Siasatan lanjut dikendalikan USJT Bukit Aman,” katanya.

Difahamkan juga, menteri terbabit akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menulis dan menyebarkan berita palsu berhubung isu berkenaan.

Beliau kesal dengan fitnah jahat yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencemarkan reputasinya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan