28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gosip artis, isu tanah LGM fitnah jahat semata-mata

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap beliau baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dengan fitnah tersebut.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau turut difitnah dalam isu penjualan dan pajakan hartanah milik Lembaga Getah Malaysia melalui hantaran yang disiarkan oleh laman Facebook Sedar Malaysia kelmarin.

Sehubungan itu, Setiausaha Politiknya, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin berkata, laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran berita fitnah berkenaan.

Beliau menegaskan, fitnah jahat itu adalah usaha yang berniat jahat yang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk merosakkan serta mencalarkan reputasi dan imej Mohd Khairuddin.

“Penyebaran tuduhan palsu ini juga dipercayai adalah untuk mencalarkan imej Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Advertisements

“LGM telah membuat penafian dan penjelasan melalui siaran media yang telah diedarkan semalam,” jelasnya.

Mohd Kamal juga memohon siasatan penuh ke atas penyebaran salinan surat-surat bertaraf Rahsia atau dokumen yang diklasifikasikan Rahsia Kerajaan yang dibimbangi boleh menjejaskan kerahsiaan dokumen-dokumen kerajaan lainnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sehubungan itu, saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan bertindak mengikut undang-undang bertujuan menghapuskan amalan fitnah di negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan media semalam, LGM turut mengesahkan bahawa belum ada sebarang urusan penjualan, pajakan atau urus niaga berkaitan dua lot tanah milik LGM iaitu Lot 20012 dan Lot 20013 (masing-masing nombor lama dikenali sebagai Lot 75 dan Lot 76) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Semua penjualan atau pajakan tanah milik LGM perlu mendapat perakuan lembaga ini terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali untuk kelulusan.

“LGM telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat bagi membeli Lot 20012.

“Pertimbangan akan dibuat selaras dengan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan serta pandangan Jabatan Warisan Negara,” jelas LGM. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan