31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Antara #RakyatGagal dan salah guna surat kebenaran MITI

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

HASHTAG #RakyatGagal menjadi trending dalam media sosial semalam susulan tular kesesakan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi yang dipercayai usaha ‘pulang kampung’ oleh warga kota.

Namun yang menjadi persoalan bagaimana begitu ramai yang mendapat kebenaran merentas negeri dan daerah sedangkan larangan tersebut masih dikuatkuasakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini.

Malah arahan telah dikeluarkan yang mana semua surat kebenaran untuk sektor ekonomi hanya berlaku pada hari bekerja, dan tidak berlaku di hujung minggu seperti mana diumum oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri pada 19 April lalu.

Jika sebelum ini warganet menyerang selebriti kerana merentas negeri untuk membeli karpet atau ustaz-ustaz yang hadiri majlis keagamaan sehingga diheret ke mahkamah, apakah semua yang keluar dari ibu negara semalam, juga kalangan ‘kluster kayangan’?

Atau mereka semua mempunyai surat kebenaran merentas negeri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaratkan untuk berbuat demikian atas alasan perniagaan atau bekerja?

Jika, benar 1,001 kemusykilan muncul memandangkan jumlah mereka yang mahu keluar dari ibu kota begitu tinggi dan pada hujung minggu. Perniagaan apa yang mereka usahakan pada hujung minggu sebegitu dan hanya menghala ke timur serta selatan tanah air sahaja?

Semalam, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kenderaan yang memasuki Kelantan melalui daerah itu naik 15 peratus daripada kebiasaan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa wujud salah guna kuasa surat kebenaran yang dikeluarkan oleh MITI, terutama sejak kaedah online menerusi sistem CIMS diperkenalkan.

Beliau mendakwa terdapat syarikat memberi surat kebenaran MITI kepada individu yang bukan dari kalangan kakitangan syarikat terbabit.

Advertisements

“Sekarang pun surat kebenaran rentas negeri dan beroperasi syarikat yang MITI keluarkan melalui sistem CIMS turut disalah gunakan.

“Terdapat syarikat yang beri surat kebenaran MITI itu kepada individu yang bukan pun staf mereka. Individu tersebut bebas melakukan rentas negeri sesuka hati.

“Apatah lagi surat kebenaran kerja yang MITI keluarkan tidak perlu cop polis. Power betul MITI,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Justeru, beliau menyokong cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak memberi kuasa penuh kepada MITI untuk menentukan sektor yang boleh beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang akan dilaksanakan mulai 1 Jun hingha 14 Jun nanti.

“Jangan beri kuasa veto pada Menteri MITI untuk tentukan sektor yang boleh beroperasi semasa total lockdown. Jangan serah bulat-bulat kepada MITI,” katanya.

Jika benar wujud salah guna surat kebenaran MITI seperi didakwa, maka pihak berkuasa kenalah bertindak menyiasat kebenarannya dan bertindak tegas.

Kita tidak mahu kes penularan Covid-19 terus meningkat kerana tidak guna kerajaan melaksanakan PKP berbulan-bulan lamanya sekali pun jika ada sahaja pihak yang memanipulasi ‘kelemahan’ sistem yang diguna pakai.

Dengarlah rakyuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar kita semua duduk di rumah jika tiada urusan penting.

Sesungguhnya Covid-19 itu benar dan kematian akibat Covid-19 juga adalah benar. Sayangi diri, keluarga dan orang sekeliling. Jangan kita menjadi penyumbang penularan wabak yang boleh mengancam nyawa ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan