30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kau ingat saya suka kata ‘I told you so’? – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan bahawa beliau hanya pandai mengkritik dan tidak membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Pekan itu sebaliknya berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lagi beliau telah berulang kali bahawa tindakan itu tidak akan berjaya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau telah mencadangkan agar kerajaan melaksanakan PKP seperti mana fasa pertama yang berjaya membendung penularan wabak itu walaupun tanpa proklamasi darurat.

“Dari awal lagi, saya dah seru bahawa kerajaan perlu buat PKP 2.0 secara amat ketat tanpa kelonggaran untuk tempoh sehingga empat minggu dengan bantuan penuh kerajaan untuk memberi impak maksima supaya kita tidak perlu buat PKP 3.0 dalam masa terdekat.

“Kau ingat saya suka kata I told you so ke?” katanya dengan nada geram menerusi Facebook hari ini.

Najib berkata, sejak mula PKP 2.0 sudah kelihatan tidak betul dan bakal menemui kegagalan serta hanya akan menyusahkan rakyat secara berpanjangan, membazir wang kerajaan.

Katanya, dari bulan Januari lagi beliau mendapati sasaran kerajaan untuk mengurangkan kes ke dua angka supaya rakyat boleh balik kampung untuk beraya tidak akan kesampaian.

Ini kerana, kata beliau, secara logik, sains, data dan pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk beberapa bulan pada akhir tahun 2020 adalah petunjuk bahawa ianya tak akan berjaya.

“Dari hari pertama PKP 2.0 dilaksanakan, terlalu banyak kelonggaran diberi.

“Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya kilang dan tapak pembinaan yang merupakan penyumbang terbesar gelombang ketiga dibenarkan beroperasi dalam PKP2.0 yang tujuannya untuk membendung gelombang ketiga.

“Sehingga hari ini, tiada seorang pun dalam kerajaan boleh jawab apa logiknya Ikea, shopping mall termasuk kedai emas dan kedai pakaian dalam mewah Victoria’s Secret dibenarkan beroperasi manakala kedai-kedai lain dan peniaga-peniaga kecil disuruh tutup dari hari pertama PKP 2.0.

“Adakah Victoria’s Secret ini satu essential service yang terpaksa dibuka?
Siapa boleh jawab?” tegas beliau.

Najib berkata, amaran beliau bahawa perlaksanaan PKP separuh masak itu tidak akan berjaya terbukti benar apabila kerajaan terpaksa menamatkan PKP selepas satu setengah bulan.

PKP 2.0 kemudian digantikan dengan PKPB pada 2 Mac walaupun ketika itu kes harian lebih tinggi daripada masa darurat diumum sebab rakyat tidak boleh bertahan dengan PKP manakala bantuan kerajaan tidak seberapa.

“Ya, kita keluar PKP dengan kes baru lagi tinggi berbanding masuk PKP. Di mana logiknya? Bayangkan rakyat hanya boleh lega sedikit pada bulan Mac selepas korban dua bulan dalam PKP 2.0.

“Tapi tak sampai dua bulan kelegaan kemudian, rakyat bakal berdepan dengan PKP 3.0 sekali lagi. Dua bulan korban secara sia-sia, dua bulan lega sedikit dan perlu korban lagi dua bulan.

“Adakah ini apa yang Rakyat mahu? Adakah ini adil pada mereka?” kata Najib.

Yang beliau sedih dan kecewa, kata Najib, ialah berjuta-juta rakyat menderita secara sia-sia dan kelangsungan hidup mereka terganggu semula dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Ini namanya, rakyat dikorbankan selepas mereka telah berkorban secara sia-sia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan