28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kisah insan-insan hebat digilap ‘My Kampung My Future’

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9


NORMI Ramli bukanlah nama asing di Malaysia khususnya di Mukim Pulau Tiga kerana dodol yang diusahakannya sudah popular di mana sahaja atas jenama Dodol Opah Yang, di Kampung Empai, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak.

Seperti penulis, Normi juga telah berjaya mengembangkan dan meneruskan kesinambungan makanan tradisional yang menjadi warisan keluarga turun temurun.

Ibunya yang menjadi ikon popular iklan media sosial yang menjadi tagline Hello-Hello OpahI atau nama sebenarnya Saerah Abdul Majid,78 tahun masih sihat untuk membangunkan perusahaan keluarga ini.

Menyingkap kembali sejarah perjalanan Normi sebagai usahawan, beliau juga bermula dari bawah dan perlu melalui jerih-petih sebagai usahawan, sepertimana orang lain.

Sebelum MKMF, penulis sendiri tidak begitu mengenali Normi kerana penulis jarang berada di kampung selepas melanjutkan pelajaran.

Kali pertama penulis bertemu dengan Normi adalah ketika lawatan pertama pegawai-pegawai kerajaan bersama penulis ketika meninjau potensi projek-projek ekonomi di Mukim Pulau Tiga bagi tujuan MKMF.

Apa yang boleh beliau tonjolkan adalah cara tradisional iaitu mengacau dodol dengan menggunakan kayu pengacau dalam kawah yang besar. Itulah yang termampu untuk ditunjukkan.

Selain memastikan beliau akan terpilih, penulis terus mempromosikan masakan dodol beliau sebagai kaedah untuk mempercepatkan kelulusan bantuan kerajaan.

Normi (dua kiri) memasak dodol secara tradisional pada hari pertama lawatan pegawai-pegawai kerajaan untuk program MKMF pada September 2012.

Seingat penulis, bermula daripada dodol kawah biasa, beliau mengubah kepada penggunaan mesin pengacau dodol di satu sudut rumah. Walau bagaimanapun keadaan itu masih menyukarkan pula untuk mendapatkan pensijilan makanan terutama sijil halal.

Berikutnya, penulis menjemput Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang pada tahun 2013 untuk bertemu dengan semua usahawan bagi membincangkan kaedah pinjaman usahawan untuk membolehkan beliau memiliki sebuah bangunan khas di kawasan rumah beliau.

Lawatan Pengarah Usahawan LPP bernama Md Salim pada tahun tersebut membuahkan hasil apabila pertubuhan peladang memberikan pinjaman berkenaan pada Normi.

Advertisements

Setiap kali penulis membawa pelancong dan tetamu termasuk dari luar negara, Normi adalah antara usahawan yang setia menunggu kehadiran kami.

Ini sedikit-sebanyak telah meningkatkan promosi Dodol Opah Yang.
Sepanjang perjalanan sebagai usahawan, Normi telah melalui pelbagai pahit maung yang menjadikannya pengalaman manis seperti manisnya nikmat dodol beliau. Tanpa beliau bercerita, penulis pasti akan tahu masalah mereka dengan naluri penulis sendiri.

Pada tahun lepas, apabila berita tersiar di Harian Metro beserta gambar beliau di tepi mesin pengacau dodol yang amat menyedihkan akibat ketiadaan jualan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, pada Mac 2020, penulis meminta beliau supaya jangan berputus asa kerana penulis yakin dapat membantu beliau dengan strategi norma baharu.

Program Story Telling Advertising Strategy atau STAR yang dicetuskan oleh penulis berjaya melonjakkan dodol Opah Yang dengan pencapaian yang amat luar biasa. Siapa sangka meningkat berlipat kali ganda.

Kejayaan tersebut amat memeranjatkan banyak pihak termasuk Datoā€™ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak yang datang melihat kejayaan Normi selepas PKPP diumumkan.

Shaarani mencuba kaedah memproses dodol menggunakan mesin khas ketika melawat Normi tahun lalu.

Shaarani mencuba kaedah memproses dodol menggunakan mesin khas ketika melawat Normi tahun lalu.

Shaarani mencuba kaedah memproses dodol menggunakan mesin khas ketika melawat Normi tahun lalu.

Rahmat rezeki beliau lagi ialah bagaimana Normi boleh membesarkan premis beliau sekali ganda lagi selepas itu, sedangkan usahawan lain sudah tergolek akibat impak covid-19.

Selain Normi, terdapat juga usahawan lain yang dapat dilihat proses pembangunan mereka hasil cetusan program MKMF seperti Hisham (kerepek Ajit), Zakaria (Ikan sangkar) dan Shima (kraftangan). Kesemua mereka adalah menusia hebat yang digilap dengan cemerlang dalam program MKMF.

Ikon inilah yang sepatutnya dilonjakkan lagi oleh kerajaan dan MAFI seharusnya menilai semula matlamat MKMF Pulau Tiga yang penulis anggap sangat menyerlah di kalangan MKMF lain di Malaysia. Persoalannya, apakah yang masih ditunggu oleh MAFI?

Maka hasrat Universiti Putra Malaysia untuk menjadikan usahawan MKMF sebagai kajian keusahawanan tani yang berjaya adalah amat penulis nantikan.

  • Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara ā€“ Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan