25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 17, 2021

Kasari pengadil: Fadzrul Danel digantung 4 perlawanan

Must Read

CYBERJAYA – Tindakan kasar Fadzrul Danel Mohd Nizam terhadap pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin ketika menentang Terengganu FC (TFC) membawa padah kepada pemain Kedah Darul Aman FF itu apabila dia digantung empat perlawanan.

Tidak cukup dengan itu, pemain tengah berusia 23 tahun itu juga dikenakan denda RM10,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Turut dikenakan penggantungan ialah rakan rakan sepasukannya, Rodney Celvin Akwensivie namun hukuman yang diterima lebih ringan apabila digantung dua perlawanan sahaja.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Che Mokhtar Che Ali berkata, Fadzrul didapati melanggar 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pegawai pertandingan pada perlawanan Liga Super iaitu KDA FC menentang TFC di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April lalu.

“Rodney pula didapati melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM iaitu salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan pada perlawanan yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pegawai pasukan TFC tidak terlepas daripada hukuman apabila mereka perlu membayar denda kira-kira RM20,000 akibat daripada tindakan mereka yang berkelakuan tidak wajar kerana mengugut atau mengganggu kumpulan pengadil semasa dan selepas perlawanan sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Tatatertib FAM dipengerusikan oleh Che Mokhtar Che Ali di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. – Sumber: FB FAM

Perlawanan membabitkan Sabah FC menentang TFC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Mac lalu itu turut mencetuskan ketegangan antara pemain pasukan pelawat dan barisan pengadil.

“Pegawai pasukan TFC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Nasib sama diterima oleh Pengurus TFC, Zul Fadli Rozi apabila dia turut digantung empat perlawanan dan dikenakan denda RM10,000.

“Bagi pertuduhan pertama, Zul Fadli ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil perlawanan.

Beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Pengadil Perlawanan atau kumpulan Pengadil Perlawanan.

“Bagi pertuduhan kedua, beliau dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak menunjukkan semangat kesukanan terhadap pengadil perlawanan beliau cuba menyerang kumpulan pengadil perlawanan yang ingin masuk ke bilik persalinan,” katanya.

Seorang lagi pegawai TFC Mohd Shukri Che Zakaria dikenakan denda RM5,000 dan penggantungan dua perlawanan berikutan tindakannya yang berkelakuan tidak menunjukkan semangat kesukanan apabila mengeluarkan kata-kata kesat ke arah Penolong Pengadil 1, Mohd Junaidy Abd Samad semasa perlawanan itu. – Edisi 9

Latest News

Korea Utara tarik diri: Malaysia rayu FIFA adil buat ketetapan

CYBERJAYA - Malaysia menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penarikan diri Korea Utara daripada kelayakan...

More Articles Like This