34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPKT arahkan 22 bazar Ramadan tutup operasi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PUTRAJAYA – Hanya 22 daripada 1,073 bazar Ramadan di seluruh negara yang diarahkan menutup operasi mulai esok.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan media, hari ini.

KPKT mengulas tentang surat arahan penutupan 22 bazar Ramadan terbabit yang tular dalam media sosial.

Menurut kementerian itu, berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) yang telah dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan, bazar-bazar itu telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi yang boleh menjadi punca kepada penyebaran jangkitan COVID-19.

Sistem HIDE bertujuan untuk memberi amaran awal dalam mencegah ledakan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

“Laporan HIDE telah menunjukkan bahawa angka kontak rapat yang tinggi di kalangan pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan yang terlibat.

“Sehingga 15 April 2021, sebanyak 904 kes positif COVID-19 yang dilaporkan mempunyai sejarah kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi bazar Ramadan tersebut,” jelas KPKT.

Kementerian menambah, operasi bazar Ramadan yang terlibat akan ditutup selama tiga hari bagi tujuan sanitasi dan memperkemaskan semula prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan tersebut.

Sehubungan itu, KPKT menyarankan kepada semua pihak berkuasa negeri (PBN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disarankan untuk mengetatkan penguatkuasaan pematuhan SOP di bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Peniaga dan pengunjung juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan peningkatan kes COVID-19,” jelas kementerian berkenaan.

Senarai 22 bazar Ramadan terbabit adalah seperti berikut:

Johor
MB PASIR GUDANG Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex
MB JOHOR BAHRU Bazar Ramadan Kg Pasir, Jalan Mata Kuching
MB JOHOR BAHRU Bazar Ramadan @Mart Kempas
MD KOTA TINGGI Bazar Ramadan Lok Heng
.
Kedah
MP KULIM Bazar Ramadan Taman Selasih
MD BALING Bazar Ramadan Baling 2021
MD BALING Bazar Ramadan Kupang 2021

Pahang
MP TEMERLOH Bazar Ramadan Lurah Semantan
MP TEMERLOH Bazar Ramadan Temerloh Jaya

Perak
MP TELUK INTAN Bazar Ramadan Bazar Nenas Kg. Selabak

Pulau Pinang
MB SEBERANG PERAI (MBSP) Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri
MB SEBERANG PERAI Bazar Ramadan Attakwa Taman Bertam Indah
MBPP / MBSP Bazar Ramadan Bazar Ramadan
MB PULAU PINANG (MBPP) Bazar Ramadan Kampung Melayu
MB PULAU PINANG Bazar Ramadan Masjid Daerah Barat Daya
MBPP / MBSP Bazar Ramadan Iftar Ramadan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021
MB PULAU PINANG Bazar Ramadan Bukit Gedung
MB PULAU PINANG Bazar Ramadan Taman Tun Sardon

Selangor
MB SUBANG JAYA Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil
MP AMPANG JAYA Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka

Kuala Lumpur
DB KUALA LUMPUR Bazar Ramadan Tmn Setiawangsa
DB KUALA LUMPUR Bazar Iftar Ramadan Jalan Raja Alang. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan