24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes positif naik mendadak, kerajaan nilai semula PKP

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian itu penting untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat di negara ini dan di seluruh dunia.

Menurut beliau, kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Indentification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhyiddin menambah, melalui sistem itu, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi-lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19.

Advertisements

Sementara itu, New Straits Times melaporkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementeriannya mencadangkan agar PKP dikuatkuasakan di negeri-negeri yang mempunyai jumlah kes COVID-19 yang tinggi.

Beliau berkata, cadangan itu timbul ekoran tiada tanda-tanda menunjukkan pandemik akan reda manakala jumlah kes harian baharu melebihi angka 3,000 selama tiga hari berturut-turut.

Dr Adham memberitahu, cadangan pelaksanaan KPK di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak telah dikemukakan.

“Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan PKP berikutan penilaian risiko terperinci di mana kami melihat terhadap beberapa petunjuk utama.

“Perkara ini sedang dibincangkan secara mendalam dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kita tidak melihat terhadap pelaksanaan PKP secara menyeluruh di seluruh negara, tetapi hanya di negeri-negeri yang mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan