29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bekas pegawai kanan polis langgar SOP disiasat

Mesti Baca

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah seorang bekas pegawai kanan polis pada Hari Raya Aidilfitri.

Siasatan itu turut melibatkan enam anggota polis yang dikatakan duduk semeja dengan bekas pegawai kanan terbabit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan dijalankan ekoran laporan polis terhadap hantaran yang telah dimuat naik dalam akaun Facebook dan Twitter.

“Berdasarkan siasatan pemilik akaun Facebook tersebut merupakan bekas pegawai kanan polis yang telah bersara pada tahun 2007 dan jawatan terakhir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

“Berdasarkan gambar itu, kelihatan enam anggota orang Polis dari Balai Polis Seksyen 6 yang sedang menikmati juadah dan gambar tersebut dirakamkan pada hari raya pertama.

Advertisements

“Pada hari kejadian, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan atas tugas pemantauan Ops COVID-19 memandangkan terdapat enam buah kereta yang diletakkan di kawasan rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM2,000 kepada pengunjung dan RM10,000 terhadap pemilik rumah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera,” jelasnya.

Netizen mula membangkitkan persoalan setelah tular gambar beberapa anggota polis makan di sebuah rumah ketika bertugas melakukan pemantauan berkaitan pematuhan SOP PKP semasa Hari Raya Aidilfitri. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan