33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

50% penduduk dunia kurang pendapatan akibat COVID-19

Mesti Baca

NEW YORK – Kajian badan kaji selidik berpusat di Amerika Syarikat (AS), Gallup mendapati 50 peratus penduduk dunia mengalami pengurangan pendapatan akibat COVID-19.

Penduduk di negara berpendapatan rendah paling teruk terjejas setelah hilang pekerjaan atau masa bekerja mereka dikurangkan.

Kajian Gallup itu melibatkan seramai 300,000 responden di 117 negara di seluruh dunia.

Seperti yang dijelaskan oleh Gallup, separuh daripada mereka yang bekerja mengalami pengurangan gaji selepas COVID-19 mencetuskan gangguan dalam ekonomi, bersama dengan 1.6 bilion orang dewasa di seluruh dunia.

“Di seluruh dunia, julat peratusan ini adalah daripada yang tertinggi iaitu 76 peratus di Thailand kepada yang paling rendah iaitu 10 peratus di Switzerland,” kata badan kaji selidik tersebut dalam satu kenyataan.

Di Bolivia, Myanmar, Kenya, Uganda, Indonesia, Honduras dan Ecuador, lebih 70 peratus responden menyatakan mereka menerima gaji lebih rendah berbanding sebelum krisis kesihatan global berkenaan.

Di AS pula, jumlah itu berkurangan kepada 34 peratus.

Krisis pandemik COVID-19 pula memberi kesan kepada golongan pekerja seluruh dunia, khususnya wanita, yang mewakili sejumlah besar dalam sektor berpendapatan rendah seperti peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan makanan.

Baca juga:   Covid-19: Rakyat 23 negara dilarang masuk Malaysia

Khamis lalu, badan kebajikan antarabangsa, Oxfam memaklumkan kajian pihaknya mendapati pandemik itu menyebabkan golongan wanita di seluruh dunia kehilangan pendapatan berjumlah AS$800 bilion (RM3.2 trilion).

Kajian Gallup juga mendapati lebih separuh daripada responden terpaksa berhenti kerja buat sementara waktu, yang bersamaan kira-kira 1.7 bilion orang dewasa di seluruh dunia.

Baca juga:   Alasan rejim Zionis sembelih rakyat Palestin tak logik

Di 57 negara termasuk India, Zimbabwe, Filipina, Kenya, Bangladesh dan El Salvador, lebih 65 peratus responden terpaksa berhenti kerja selepas penularan pandemik itu.

Kira-kira satu daripada 10 yang mempunyai pekerjaan di Austria, Switzerland dan Jerman pula memaklumkan terpaksa berhenti kerja buat sementara waktu.

Di AS, angka itu bertambah kepada 39 peratus.

Kaji selidik Gallup juga menunjukkan satu daripada tiga responden kehilangan pekerjaan atau perniagaan akibat pandemik, yang bersamaan lebih satu bilion penduduk seluruh dunia.

Angka itu berbeza antara negara berpendapatan rendah seperti Filipina, Kenya dan Zimbabwe yang mencatatkan 60 peratus responden hilang pekerjaan atau perniagaan, berbanding tiga peratus di Switzerland dan 13 peratus di AS.

Wartawan

Terkini

Pasangan suami isteri guna kad ATM milik pesara diburu

PASANGAN suami isteri dipercayai warga tempatan diburu polis kerana disyaki menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara...

Lagi Artikel Berkaitan